Lelaki Tak Jadi Ditelan Anaconda Dalam Program 'Eaten Alive' - K.A.M.I

K.A.M.I

Social Sharing :)

Lelaki Tak Jadi Ditelan Anaconda Dalam Program 'Eaten Alive'



Awal bulan lalu, seluruh penggemar rancangan dokumentari di saluran Discovery Channel ternanti-nanti program Eaten Alive kerana ia bakal memaparkan individu ekstrem yang merelakan dirinya ditelan anaconda.
Menurut sumber berita luar negara, Paul Rosolie, 27, menyediakan kelengkapan terbaik seperti sut khas serta helmet sebagai langkah keselamatan ketika dibelit dan ditelan hidup-hidup haiwan tersebut.
Sayangnya, penonton yang teruja menonton rakaman tersebut, hampa kerana situasi tersebut langsung tidak berlaku, malah Rosolie tak sempat pun ditelan haiwan itu.
Malah, menurut portal berita luar negara, anaconda yang menjadi ‘pelakon utama’ dalam rakaman tersebut juga terpaksa diterbangkan khas kerana produksi itu gagal menemui seekor ular liar yang besar.
Pada mulanya, kru produksi tersebut dikerah untuk mencari anaconda sepanjang 26 kaki, namun akibat tak menjumpai reptilia sebesar itu, mereka terpaksa menggunakan anaconda tersebut yang hanya sepanjang 20 kaki.
Lagi mengecewakan penonton, ular yang dipropa bakal menelan Rosolie, hanya sempat mengigit helmet yang dipakai individu itu sebelum dia memanggil kru dan anggota keselamatan untuk menghentikan aksi tersebut.
Menurut satu sumber, Rosolie berbuat demikian kerana dia merasakan lengannya bakal patah akibat belitan kuat ular tersebut di sekeliling tubuhnya.
Akibat ketidakpuashatian penonton, ada yang memuat naik gambar yang menyindir Rosolie kerana menggunakan judul rancangan ‘Eaten Alive’. 

 Namun, untuk menyelamatkan dirinya dari terus dihentam masyarakat, Rosolie berkata, “Masyarakat menjangkakan saya telah ditelan hidup-hidup oleh ular. Mereka seperti terlupa, ini adalah percubaan untuk masuk ke dalam perut haiwan ganas itu, bukan satu janji.”
Sumber : Mynewshub



0 Komen Anda "Lelaki Tak Jadi Ditelan Anaconda Dalam Program 'Eaten Alive'"

 
Copyright © 2014 K.A.M.I - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info