JAKIM mengesahkan Cadbury adalah Halal - K.A.M.I

K.A.M.I

Social Sharing :)

JAKIM mengesahkan Cadbury adalah Halal

Cadbury Malaysia

Kronologi Isu DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury

23 Mei 2014: Pengguna laman media sosial telah menyebarkan laporan bahawa dua jenis coklat Cadbury yang telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didapati mengandungi kesan kandungan DNA porcine. Laporan yang tidak disahkan itu tidak dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM ataupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

24 Mei 2014: Bagi tujuan penyiasatan, Cadbury Malaysia secara proaktif mengeluarkan arahan agar kesemua produk yang terjejas di tarik keluar dalam masa sehari berikutnya.Sementara itu, JAKIM telah menarik balik sijil halal dua produk berkenaan untuk membuat siasatan lanjut mengikut keperluan prosedur.

26 Mei 2014: JAKIM menghantar sampel produk dan bahan mentah dari barisan pemprosesan yang menghasilkan produk yang terkesan itu ke makmal Jabatan Kimia untuk diuji. Dalam masa 7 hari, hasil ujian rasmi dikeluarkan. Laporan itu secara muktamad menyatakan produk-produk itu tiada DNA babi.

3 Jun 2014: JAKIM membuat pengumuman rasmi mengesahkan bahawa dua produk yang dipersoalkan itu tiada DNA babi . Mereka juga menghantar satu laporan menyeluruh kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia.

6 Jun 2014: JAKIM mengembalikan semula sijil halal Cadbury Malaysia dalam masa kurang sepuluh hari selepas laporan yang tidak disahkan itu. Untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang pada masa hadapan, suatu prosedur operasi standard sejajar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia telah direka oleh JAKIM. Satu rangkaian laporan yang diperkukuhkan akan memastikan sebarang perkara berkaitan pematuhan halal hanya dikendalikan oleh JAKIM.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan tentang isu halal, semua pihak digesa agar merujuk kepada laman web rasmi JAKIM di http://www.islam.gov.my atau Portal Rasmi Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujung kepada sebarang sumber yang tidak sah. Pertanyaan tentang status halal sebarang produk boleh diajukan kepada Bahagian Hab Halal, JAKIM di 03-8315 0200.

Sumber : Cadburry Malaysia
0 Komen Anda "JAKIM mengesahkan Cadbury adalah Halal"

 
Copyright © 2014 K.A.M.I - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info